WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Wednesday, March 14, 2012

Doa Tolak Musibah Yang Datang Secara Tiba-Tiba


As’salamualaikum semua...

hari nie biha nk kongsi ngn kwan2 tentang satu doa..doa nie mudah sangat..sbb ia nya mudah la kita bulehh amalkan...nak senang lepas setiap solat kita jadikan doa nie zikir...

Selamat Membaca & Mengamalkannya yeaa..
InsyALLAH...

.
.
.
Suatu ketika putera sahabat Utsman bin Affan radhiyallahu’anhu
bernama Aban bin Ustman rahimahullah meriwayatkan sebuah hadits  NABI MUHAMMAD shollallahu ’alaih wa sallam yang di dalamnya terdapat doa untuk memohon perlindungan ALLAH Subahanallahta’ala agar tidak tertimpa musibah yang datang secara mengejutkan.


Doa tersebut berbunyi seperti berikut:


BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM
(dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

NABI MUHAMMAD shollallahu ’alaih wa sallam menganjurkan agar doa tersebut
dibaca sebanyak 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang.

Barang siapa membacanya dengan rajin doa itu, NABI MUHAMMAD shollallahu ’alaih wa sallam menjanjikan bahwa orang itu tidak akan terkena musibah yang datang secara tiba-tiba.

Bacaan di waktu pagi akan melindunginya hingga petang, sedangkan bacaan di waktu petang akan melindunginya hingga pagi esoknya.

Hadits lengkapnya berbunyi berikut:

(AHMAD - 497) : Dari Aban Bin Utsman dari Utsman bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa membaca



 'BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA'WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM'
(dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

 sebanyak tiga kali, maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga malam hari, dan barang siapa membacanya di waktu petang maka tidak akan ditimpa musibah mengejutkan hingga pagi hari esoknya jika Allah menghendaki."

Tentunya tidak seorangpun ingin dirinya tertimpa musibah. Dan secara umumnya musibah datang secara tiba-tiba. Doa ini sangat relevan dan penting bagi kehidupan seharian kita.

Sudah sepatutnya kita sebagai umat Baginda seharusnya mengikuti nasihat mulia daripada junjungan besar kita NABI MUHAMMAD shollallahu ’alaih wa sallam ini.

Kerana ia bukan saja diperlukan, tetapi dengan mengamalkannya bererti kita turut menegakkan salah satu sunnah NABI MUHAMMAD shollallahu ’alaih wa sallam yang banyak ditinggalkan kaum muslimin dewasa ini.

Hadits ini dikuatkan dengan hadits lainnya yang menjelaskan bahawa

“Suatu ketika Aban bin Ustman sendiri pernah terkena suatu musibah secara tiba-tiba dalam perjalanan hidupnya.

Sehingga ketika ia dikunjungi oleh muslim yang lain mereka hairan mengapa ia sampai boleh mengalami musibah secara tiba-tiba padahal dia yang meriwayatkan hadits tentang doa menolak musibah secara tiba-tiba. Maka Aban bin Uthman dengan jujur ​​mengakui bahawa pada hari itu dia terlupa membaca doa tersebut.
Subhanallah.

(ABUDAUD - 4425) : Aban bin Utsman berkata:
“Aku mendengar Utsman ( Utsman bin Affan) berkata’,

 "Aku mendengar RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bersabda:

"Barangsiapa mengucapkan:



BISMILLAHILLADZI LAA YADLURRU MA'ASMIHI SYAI`UN FIL ARDLI WA LAA FIS SAMAA`I WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIMU
(dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun di bumi dan di langit yang bisa memberikan bahaya. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga pagi hari. Dan barangsiapa membacanya pada pagi hari sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa musibah yang datang dengan tiba-tiba hingga petang hari.
 "Perawi berkata," Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadis darinya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata,

Aku Bukan Seperti Masa Lepasku..

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana.

Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih ISLAM yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.


Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?

Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang.

Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula.
BUKTIKAN kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang.

Tuesday, March 6, 2012

Rosmah Mansur dan Islamic Fashion Festival


Sebagai seorang muslim, sememangnya kita perlu menuntut supaya pihak yang menganjurkan Islamic Fashion Show ataupun Islamic Fashion Festival (IFF) untuk memohon maaf secara terbuka kepada umat islam di seluruh dunia terutama di Malaysia. Ini adlah kerana berdasarkan gambar yang telah disiarkan sewaktu festival ini belansung secara jelas menghina dan mencemarkan kedudukan ISLAM.

Festival ini sememangnya dianjurkan oleh malaysia dan diasaskan oleh dato` raja rezza shah dan penaungnya merupakan datin seri rosmah mansur. Ternyata pertunjukan fesyen pakaian sewaktu festival ini berlangsung bertentangan dengan garis pemakaian sebenar  syariat islam malahan terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W di pakaian berkenaan.

Yang paling sedeh, pertunjukan fesyen ini benar-benar dinaungi oleh umat islam yang berpengaruh di malaysia sendiri. Kalau benar mahu membuat pertunjukan fesyen ini, janganlah menggunakan nama islam itu sendiri, kerana itu bukan budaya islam dan ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA SEGALANYA. Saya berada senada dengan rakyat malaysia terutama yang beragama ISLAM menuntut permohonan maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengadakan pertunjukan fesyen seumpama ini lagi. Apabila rakyat Denmark menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan melukis karikatur nabi seluruh umat ISLAM di dunia bangkit menuntut permohonan maaf. bagi saya perkara ini juga sama kerana melibatkan penggunaan nama Nabi Muhammad S.A.W diatas pakaian yang jelas tidak melambangkan prinsip pakaian islam.

Saya menyatakan bantahan ini kerana mungkin ada tangan-tangan ghaib di belakang penganjuran festival pakaian islam ini yang ternyata musuh-musuh islam yang nyata dan tidak mahu pemimpin di negara kita dipergunakan dan menjadi boneka golongan ini. Perkara ini secara jelas menjatuhkan dan merendahkan martabat umat islam itu sendiri.

Saya membuat penulisan ini atas dasar tanggungjawab kepada sensitiviti umat ISLAM yang ternyata sekarang ini seolah-olah menjadi seperti suatu mainan kepada musuh-musuh islam ini. Segala isu yang melibatkan sensitiviti dan maruah umat ISLAM diabaikan begitu sahaja dan amat sayang sekali jika golongan pemerintah yang turut bersekongkol dalam perkara ini.

SEKALI LAGI SAYA MENUNTUT SUPAYA PERMOHONAN MAAF KEPADA SELURH UMAT ISLAM DARIPADA PIHAK PENGANJUR PERLU DINYATAKAN SECARA JELAS DAN BERJANJI BAHAWA FESTIVAL SEUMPAMA INI TIDAK AKAN DIADAKAN LAGI!!!!

Antara gambar-gambar dlm IFF yang terang-terangan menghina ISLAM :

ayat yang digariskan --> rosmah mansur as the founding patron..
apa mksd nyer?? bukan kah ianya bermaksud bertindak sebagai penaung kepada program BODOH nie.. 


Sebagai buktinya boleh dilihat sendiri di dalam website beliau sendiri di bawah ini screenshot dari Website Rosmah Mansor. Rosmah sendiri membahasakan dirinya sebagai penaung, (As patron of Islamic Fashion Festival...)






pemimpin yang beragama ISLAM sendiri sebagai penaung.. 
Tidak takutkah mereka pada ALLAH S.W.T?? 
Sanggup mempermain-mainkan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W??
semoga mereka2 yang terlibat diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T.. aminn..

wasalamm..

Mendahulukan Perkahwinan Bagi Mengelakkan Maksiat

Ibu bapa perlu memenuhi keinginan anak-anak dengan mengadakan majlis kenduri secara sederhana.

Dalam kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai.

Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.

Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.

Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin.

Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan.

Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan.

Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.

Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini.

Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah S.W.T. tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya.

Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita.

Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah S.W.T. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah S.W.T. kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah.

Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah.”

Lalu kami bertanya kepada Rasulullah :
“Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala?" 

Rasulullah S.A.W. bersabda  : “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala."

Sahabat r.a. apabila mendengar sabda Rasulullah S.A.W. itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga.

Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah S.A.W. dengan kehairanan :

“Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.
 

Rasulullah  S.A.W. menjelaskan dengan mudah : “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram."

Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina.

Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah.

Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat.

Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah  S.A.W. bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.

Rasulullah  S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” 
 (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun.

Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka.

Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah  S.A.W. bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing.

Kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran.

Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.

Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah.

Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak.

Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredhai Allah S.W.T.

Rasulullah  S.A.W. bersabda maksudnya :

“Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya.”
(Riwayat Muslim)

Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu.

Demi Islam Dulu Bikini, Sekarang Niqabi


Gadis itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan aurat dan anti Islam.

Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam. Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya.

Betapa hebatnya benih bermutu bernama hidayah dan aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat bernama Sara Bokker.

Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali.

Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih hijab para mukminah di zaman Nabi S.A.W. yakni purdah.

Peningkatan amalan yang sangat membanggakan dan mendapat restu serta sokongan suami tercinta.

Sara tidak berhenti setakat dirinya menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam, perwatakan sebenar gadis Islam yang perlu dipelihara secara konsisten agar tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak agar mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Beliau sekarang adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.

Pengalaman beliau telah dicatat di March for Justice yang telah diterjemahkan oleh Zain A Ghani.

"Aku tinggalkan bikini demi Islam."

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar.

Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat.

Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku.

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut.

Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Tahun demi tahun berlalu, ku fahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku.

Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri.

Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian.

Aku meminum arak dan melayan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlakunya peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, haram dan dunia pengganas.

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu.

Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan.

Bertemu al-Quran

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran.

Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaan-Nya.

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya.

Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat.

Bahagia dengan Hijab

Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah.

Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu.

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai “pusat skandal di bumi”, yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya.

Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah ku kenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya (jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

Memakai purdah

Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih “menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Cabaran Hijab dan Niqab

Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab.

Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”.
Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita.

Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti.

Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

Memperjuangkan Hak Wanita

Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqab atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih.

Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang ku ketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri.

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya “berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini.

Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku.

Dulu Bikini, Sekarang Niqabi

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.

Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya.

Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...