WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Saturday, January 21, 2012

CoLorFull Ant

Salam semua..

hari nie sangat2 ler boringg...maklumlahh dahh start cuti Tahun Baru Cina...dok kat bilik meng ON LINE jerk le kejer ak...

dalam2 ngah on 9 ada ak tebace 1 entri nie pasal semut..rasa tertarik lak aku nk kongsi ngn korang semua..
ada sorang hamba Allah nie...dia tertarik ngan semut yang bini dyer tunjuk kat dye..

semut tu warne putih di bahagian abdomen dye lepas semut tu hurung susu yang tertumpah.. so,dia pon try la buat experiment kat semut tu...

dia buat air gula yang diletakakn pewarna sedikit bagi colorfull..then, dia titik kan di atas polistren di halaman umah dia..x sampai 10 minit semut pon mula le hurung air gula tuu...nak tau aper yang jadi pastu??? jomm2...kita saksikan...






Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan

P/s : Lepas ni korang boleh la buat eksperimen sendiri kat rumah, nampak je semut terus ambil..hehehehe


Friday, January 20, 2012

Jangan Sombong dan Menghina Orang Lain



Sekarang ni ramai yang bersikap sombong dan menghina orang lain. Lebih teruk lagi bila ada yang menghina sesama muslim. Sifat suka menghina dan merendahkan orang lain ni timbul bila adanya perasaan sombong dalam diri kita. Orang yang sombong ni diorang akan memandang rendah pada manusia lain kerana di orang rasakan ada sesuatu kelebihan yang ada pada diri dia orang.
Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tak cukup dengan ke sombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah dan sanggup menghina Nabi Adam dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah yang hina.
Macam tu la lebih kurang yang berlaku sekarang ni. Walaupun rasa macam benda ni dah lama berlalu, aku buat entri ni sekadar untuk mengingatkan kita semua supaya jangan bersikap sebegini. Sikap sombong dan suka menghina macam inilah yang dilaknat oleh Allah.
 Penyakit sombong boleh menyerang sesiapa saja, tak kira lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis tepi jalan, mahupun tua atau muda.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya sebagai seorang umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
 
7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Tuhan
  1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

  1. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

"Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."

  1. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
     
  2. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
     
  3. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
     
  4. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
     
  5. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.
     
Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Sumber rujukan: hidayahnet

Wedding Kak Long Family angkat di Bintulu


 
bilik pengantin..ak tolong gak menghias..hehehh bangge2...ish2..


31 December 2011 (sabtu)
hr nie kak long family angkat ak kat Bintulu adakan wedding...tarikh yang dipilih sama tarikh wedding ngn bapak n mak kak long...hepy anniversery tok mak n bapak n SELAMAT PENGANTIN BARU buat kak long & suami...




 nie kawan2 ak yang sempat datang kenduri kahwin family angkat ak...masing2 muker lapauu kann...hahah...
mane ak??





ak le yang kene amik gambauu dyer org...hahaahah
kenduri kahwin kat bintulu nie len sikit dari kenduri kahwin kat semenanjung...
nak tau kenape??

1) duit belanja kahwin diberi pada pihak perempuan tok belanja makan kenduri + sepersalinan pengantin pompuan..
2) hantaran ada time tunang jerkk youu....jimatt bajett...
3) time makan..kat semenanjung makan bermeja...tp kat cinie makan mcm dlm gmbau kat atas...tp best giler..x payah perabis duit tok meja n ty x muat lakk laman rumahhh...kan2..
4) malam berinai ada beberapa aktiviti spt begendang-->ada karoke lagu2 klasikk ala2 60-an gituu...heheh..time nie syokk giler tengok pak cik n makcik, atok n nenek joget lame2 dulu...berbalas syairr lagi tuu...heheheh

 

5) sebelum nikah pengantin lelaki di arak bersama2 alunan kompang n baru masuk umahh dok depan tok kadi..pas tu baru akad nikah..kalu kiter kat smnjung hari lepas dah nikahh kann..time sebelum bersanding baru diarak..

6) lepas nikah..org2 kompang masuk umahh men kompangg dlm umahh...perghhh!!! gilakkk laaa... gema 1 umahh...kalu yang pekak tu x der poblm la sbb dah x dengarr..nie yang normal nie...akaiii..byangkan jekk laaa cam nerr...hahahahh


makanan yang special time kenduri kat cinie pon len..

1)bender wajib mesti ar UMAI <-- korang tau aper tu UMAI?? Umai tu sejenis lauk..lauk yang x dimasak tp diperahkan dengan asam limau sambal..bahan2 dyer terdiri dr bawang besar hiris, cili padi hiris, isi ikan MENTAH & perahan air limau sambal.. air limau nie yang akak memasakkn isi ikan yang mentah tuu.. berani ker makan??? tp bestt tauu..xder rasa hanyir ponn sbb rasa masam tu dah ilangkan nyer..

2) BUDU SARAWAK <-- budu nie pulak len dr yang len yang ada kat semenanjung..nak tau naper?? BUDU dyer org gune ikan (of course ler kan guna ikan..heheh) tp ikan nie disiang dulu, then di rendam dalam air garam lepas dibasuh.. tempoh rendam dyer terpulang ikut orng nk masin sikit or giler2 masin..hahhah..ikan nie bersaiz yang cute2 jekk tau..lepas tu ikan nie dihiris kocik2 pastu di perah ngn air limau sambal banyak giler + bawang hiris + cili padi cikit..mcm kat semenjung kita dh x nmpk dahh isi2 ikan dlm budu tu kann...tp kat cinie..isi ikan dyer begolek2 tuu..heheeheh

3) BELACAN GORENG <-- time buat belacan goreng nie..kener tahan...sape yang resdung tuu jgn la masukk daporr...konferm ahh gatal idongg...hahahh..belacan tu dilenyek2 n dicampur ngn rempah sikit mcm serbuk kari cikit n jintan2 kot...heehe..lupe la..tp cam tu laa lebih kurangg..dah gaulkan sebati...campuran tu digoreng dlam kuali dngan minyak yang akaiii...bnyak tuu..huuuu..ia nya digorengg sampaii koringgg..rasa dyerr memng terbaikkk laaa...

nie ler antara menu wajib ada..haha..yang len2 tuu terpulang pada dyer org nk msak aperr..hehehe..

ty kalu melancong2 ke tempat2 baruu jgn luper try bnda2 menu dyer org...pasti meninggal kan 1001 kenangan kat korangg..

...slmt membaca...

KEUTAMAAN HARI JUM’AT DAN SUNNAH- SUNNAHNYA


Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wata'ala, shalawat dan salam semoga tetap tercurahkan kepada baginda Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam, dan aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.. Amma Ba’du:


Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah dan Hudzaifah radhiallahu anhum berkata: 
Allah subhanahu wata'ala telah merahasiakan hari jum’at terhadap umat sebelum kita, maka orang-orang Yahudi memiliki hari sabtu, orang-orang Nashrani hari ahad, maka Allah subhanahu wata'ala mendatangkan umat ini, lalu Dia menunjukan kita hari jum’at ini, maka Dia menjadikan urutannya menjadi jum’at, sabtu ahad, demikian pula mereka akan mengikuti kita pada hari kiamat, kita adalah umat terakhir di dunia ini namun yang pertama di hari kiamat, yang akan diputuskan perkaranya sebelum makhluk yang lain”.
(Shahih Muslim no: 856 dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari  dengan maknanya dari Abi Hurairah ra no: 876).

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda:
Hari terbaik terbitnya matahari adalah pada hari jum’at, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu pula dimasukkan ke dalam surga dan pada hari itu tersebut dia dikeluarkan dari surga” (HR. Muslim: no: 854)

Di antara keutamaan hari ini adalah Allah subhanahu wata'ala menjadikan hari ini sebagai hari ‘ied bagi kaum muslimin. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam sunannya dari Ibnu Abbas radhhiyallahu a'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: 
Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka barangsiapa yang akan mendatangi shalat jum’at maka hendaklah dia mandi”. (Ibnu Majah no: 1098)

Pada hari ini terdapat saat terkabulnya do’a, yaitu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta kepada Allah subhanahu wata'ala padanya kecuali dia akan dikabulkan permohonannya. Diriwyatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda:   
Sesungguhnya pada hari jum’at terdapat satu saat tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri shalat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahwa saat tersebut sangat sedikit.
( HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294)

Para ulama berbeza pendapat tentang waktu terjadinya dan pendapat yang paling kuat adalah dua pendapat:
 
Pertama:  Yaitu saat duduknya imam sehingga shalat selesai, dan alasan ulama yang berpendapat seperti ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Barrah bin Abi Musa bahwa Abdullah bin Umar berkata kepadanya: Apakah engkau pernah mendengar bapakmu membacakan sebuah hadist yang berhubungan dengan saat mustajab pada hari jum’at?. Dia berkata: Ya aku pernah mendengarnya berkata: Aku telah mendengar Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Dia terjadi saat antara imam duduk sehingga shalat selesai ditunaikan”.

Kedua: Dia terjadi setelah asar, dan pendapat inilah yang paling kuat di antara dua pendapat tersebut, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Nasa’i dari Jabir radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Hari jum’at itu dua belas jam, tidaklah seorang hamba yang muslim memohon kepada Allah sesuatu pada hari itu kecuali Dia akan memperkenankan permohonan hamab -Nya itu, maka carilah dia pada akhir waktu asar” (HR. An-Nasa’i: no: 1389).

Pendapat inilah yang dipegang oleh sebagian besar golongan salaf, dan telah didukung oleh berbagai hadits. Adapun tentang hadits riwayat Abi Musa yang sebelumnya maka hadits tersebut memiliki banyak cacat dan telah disebutkan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari.


Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Shalat lima waktu, jum’at ke jum’at yang lainnya dan ramadhan ke ramadhan yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi”.

Di antara adab-adab jum’at yang perlu dijaga oleh orang yang beriman adalah:

Pertama: Disunnahkan bagi imam untuk membaca (الم تنزيل) yaitu surat as-sajdah dan surat Al-Insan pada saat shalat fajar pada hari jum’at.
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari hadits riwayat Ibnu Abbas radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam membaca pada waktu shalat fajar pada hari jum’at (الم تنزيل) as-sajdah dan (هل أتى على الإنسان حين من الدهر)

Kedua: Disunnahkan memperbanyak shalawat kepada Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam pada hari jum’at atau pada waktu malamnya, berdasarkan sabda Nabi dalam riwayat An-Nasa’i dari Aus bin Aus:  Hari terbaik kalian adalah hari jum’at, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dicabut nyawanya, pada hari itu akan terjadi tiupan sangkakala, pada hari itu dimatikannya seluruh makhluk pada hari kiamat, maka perbanyaklah membaca shalawat bagiku sebab shalawat kalian didatangkan kepadaku”.
Mereka bertanya wahai Rasulullah bagiamana shalawat kami didatangkan kepadamu padahal dirimu telah menjadi tulang belulang yang telah remuk?. Atau mereka berkata:  Engkau telah remuk mejadi tanah?. Maka Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi alaihimus shalatu was salam”
( An—Nasa’I no: 1374)

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam kitab sunannya dari Anas bin Malik bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda :
Perbanyaklah membaca shalawat bagiku pada ahari jum’at dan malam jum’at, sebab barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku satu shalawat saja maka Allah subhanahu wata'ala akan membaca shalawat kepadanya sepuluh kali (10) shalawat”.

Ketiga: Perintah untuk mandi jum’at dan masalah ini sangat ditekankan, bahkan sebagian ulama mengatakan wajib. Diriwayatkn oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab shahihnya dari Abi Sa’id Al-Khudri radhhiyallahua'nhu berkata: Aku bersaksi bahwa Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam bersabda:
Mandi pada hari Jum’at diwajibkan bagi orang yang telah mencapai usia balig dan menjalankan shalat sunnah dan memakai minyak wangi jika ada”.

Keempat: Disunnahkan menggunakan minyak wangi dan siwak, memakai pakaian yang terbaik.  Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Abi Sa’id AL-Khudri dan Abi Hurairah radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda:   
Barangsiapa yang mandi pada hari jum’at, memakai siwak, memakai pakaian yang terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya, memakai pakaian yang terbaiknya kemudan mendatangi mesjid sementara dia tidak melangkahi punak-pundak orang lain sehingga dia ruku’ (shalat) sekehendaknya, kemudian mendengarkan imam pada saat dia berdiri untuk berkhutbah sehingga selesai shalatnya maka hal itu sebagai penghapus dosa-dosa yang terjadi antara jum’at ini dengan hari jum’at sebelumnya 
( Imam Ahmad: 3/81)

Kelima: Mambaca surat Al-Khafi.  Diriwayatkan  oleh Al-Hakim dari hadits Abi Said Al-Khudri radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda:  
Barangsiapa yang membaca surat Al-kahfi pada hari jum’at maka akan maka sinar akan memancar meneranginya antara dua jum’at”
(Al-Hakim: 3/81) 

Keenam: Disunnahkan bersegera menuju shalat jum’at.  Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya dari Aus Al-Tsaqofi dari Abdullah bin Amru Radhiyallahu 'anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah shalallahu'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang memandikan dan mandi, lalu bergegas menuju mesjid, mendekat kepada posisi imam, mendengar dan memperhatikan khutbah maka baginya dengan setiap langkah yang dilangkahkannya akan mendapat pahala satu tahun termasuk puasanya”. 
( Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya: 2/209)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim di dalak kitab shahihnya dari Abu Hurairah radhhiyallahua'nhu bahwa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang mandi pada hari jum’at yang sama seperti mandi janabah kemudian bersegera pergi ke mesjid maka dirinya seakan telah berkurban dengan seekor unta yang gemuk, dan barangsiapa yang pergi pada masa ke dua maka dia seakan berkurban dengan seekor sapi, dan barangsiapa yang pergi ke mesjid pada saat yang ke tiga  maka dia seakan telah berkurban dengan seekor kambing yang bertanduk, dan barangsiapa yang pergi ke mesjid pada saat yang keempat maka dia seakan telah berkurban dengan seekor ayam, dan barangsiapa yang pergi ke mesjid pada saat yang ke empat maka dia seakan telah berkurban dengan sebutir telur, dan apabila imam telah datang maka para malaikat hadir mendengarkan zikir (khutbah).”

Dan bersegera menuju masjid untuk shalat jum’at termasuk perbuatan sunnah yang agung nilainya, namun banyak dilalaikan oleh banyak masyarakat, dan semoga hadits-hadits yang telah disebutkan di atas bisa memberikan motifasi dan memperkuat tekad, serta mengasah semangat untuk bersegera meraih nilai yang utama ini. Allah subhanahu wata'ala berfirman:


Segala puji bagi Allah subhanahu wata'ala Tuhan semesta alam, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad shalallahu'alaihi wasallam dan kepada keluarga, shahabat serta seluruh pengikut beliau.

oleh Dr. Amin bin Abdullah asy-Syaqawi

Saturday, December 10, 2011

PanCake RiCe-CooKer

stdy mlm2 cam nie..memng buat perot kite rase lapa tahap gabann...dah mcm2 lgu perot nie create kan soh mintak di isi...ish2,,, alng2 ngh rajin..tibe2 tepikir 1 bnde nie..pe lagi kalu bukn Pancake..simple but sodap..memng gile kalu org kate masak ngh mlm cm nie..

bahan-bahan dyer :
200 gm tepong gndum
1 sudu kecik baking powder
2 biji telor
1 senduk majerin/planta
1/2 cawan susu cair
gula secukup rasa

1) pukul majerin + gula dulu bagi sebati..
2) cam dah hncur sikit gula tu..masok kn telor td...pukul kan sampai dyer sebati ky..
3) then,masok kan tepong + baking powder + susu cair secara berselang2..sb kalu cmpur terus nati dyer beteraborr..
4) adun kan adunan sampai jadi likat mcm nie
5) pastu..time to cook pulak lahh..cam ak, masak dlm rice-coker jekk...mklum le..student agyy.. :-)
 6) trbalik kan pancake anda lepas bahagian pemukaan ats dyer keluar2 cam bubble...biler tebalik..jd la cam nie..
kalu masak ats kuali Pan...lagi cantik rupe dyer..name pon pancake kan..

cam tu la cara dyer..then, nak sodap agy..mkn ngn madu@jem or aper2 jek feveret korang...sedapp.. cam ak dah tngah mlm..mane nk cri bnde tu semua..ish2,,kesian..so hidangan ak mlm2 buta nie cam nie laa...
 Pancake + Milo panas buatan kwn ak..amacam?? mau try ka...pasti tersenyum time makan...

SeLaMaT MenCuBO yOO...





Friday, November 25, 2011

InTernShip TrAiNinG aT LaMBir HiLLs NatiOnaL PaRk

thun nie mrupakn thun last ak kat UPMKB nie..rasa sedeh pulakk nk tinggl kann kampus nie..betol laa kate senior2 ak dulu....kinie ak mula merasai ape yg mereka rasai dalm thun akhir...mcm2 kene pikirr...yea laa..pas graduate ty nk buatt ape??...sambung stdy @ terus kejerr....x kn nk jdi babysiter jekk kott...haahhah..telalu bnyak pengalaman ak spnjng ak kat cinie....nak2 time ak internship kat srwak nie...time sem 3 ak prctikal kat SARAWAK PLANTED FOREST...n yg terbaru sem 5 kat TAMAN NEGARA BUKIT LAMBIR kat Miri...bagi ak prctikal yg best sekali kat Tmn ngara Lambir nie...memg sedeh giler time dah nk balikk...gase cam x nk balikkk...tp stdy kene teruskan...ermm..ky2..ak sayng sangat tmpat nie...so x heran la kalu ak nk cerita pasal taman negara bukit lambir nie kan..

TAMAN NEGARA BUKIT LAMBIR

tmn negara lambir nie letknye kat Miri, Sarawak..nek bas pon x lme sngt la...dlm 2 jam lobihh yoo law dr Bintulu...hehee..stiap tmn ngra kat srawak nie ada kelebihan nye yg tersendiri...mcm tmn ngra lmbir nie keistimewaannye bnyak tp yg utamanye :



1. BUKIT LAMBIR
  • puncak bukit lambir berketinggian 465m..
  • masa yg di prlukan utk sampai lebih kurang 4 jam dgn jarak dr Park HQ sejauh 7,055 km..ermm..lame tuu..
  • pejlnan boleh dikatakan sangat mencabar.. & t'dpt abselling ke atas.. jgn x caye..huhu..sememgnye sangat mencabar bagi mereka yg suka kan cabaran...


2. BUKIT PANTU
  • masa yg diambil lebih kurang 2 jam & jark 3,625 km dr Park HQ...
  • pejalanan tidak la sesukar mana, tp turun naik bukit tu memng x tinggal lahh...hehheeh..terdpt b'brapa kmudahn yg ada disediakan spt tngga kayu yg dibuat utk memudahkan pengunjung utk menaiki tebing dan juga di puncak Bukit Pantu t'dpt pondok utk berehat..



kalu korang nk tau, kt tmn ngara nie ada 7 biji dragon ball kesemuanya...hahah...xder lahh... sbnrnye ada 7 buah Air Terjun...hehehe..semua Waterfall kat tmn ngr nie ada name dye yg trsndiri:

nie gmbr2 WF dye...

  1. Latak WF
  1. Pantu WF,
  1. PancurWF,





  1. Dinding WF,
  1. Tengkorong WF,
  1. Nibong WF,
Face WF







dan yg paling bestt tu ada OIL WELL tuu...cayer x?? tp itu lah uniknye kt cinie..
dan tok pngetahuan korng semua..tamn negara nie merupakan taman negara yg mne mempunyai tanah yg bercarbon tertinggi ke-2 di dunia...& merupakan salah satu tmn ngara yg digazette kan untuk research..



memg unik taman ngra nie..mcm2 ada..tu belom lgi ak ckp pasl Flora & Fauna yg ad gy.. TP tu semua ciptaan ALLAH S.W.T ..cntik sangat kan..then, klu korng nk tau lebih lg, jom pakat rmai2 buat rombongan Cik Kiyah py Tmn ngra Lambir nie... confirm x menyesal lahhh...

..sElaMat MembAcA..









Thursday, November 24, 2011

Mari belajar doa Istikharah.

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...