WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Friday, February 24, 2012

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERLANJUR DI MASA LALU

Assalamualaikum semua..


Melihat kepada tajuk yang akan disentuh kali ini, kita sebagai manusia ciptaan ALLAH S.W.T ini, janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka ALLAH S.W.T. 
Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini.

Saya cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar, sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada ALLAH S.W.T balasannya sangatlah berat.

Anda bayangkan, semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api. Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia, tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat.

Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas? Atau pernahkah anda melihat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas?

Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya.

Maka itulah perbandingannya.

Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu. Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu. Diceritakan, ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur, isi perut mereka hancur, dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka.

Lalu berjalanlah mereka dengan menyeret kulit-kulit tubuh yang melekat di kaki seperti berjalannya pengantin perempuan yang mengheret busana labuh.

Maka jika sudah terlanjur berdosa, segeralah memohon ampun kepadaNya. Allah maha Penerima Taubat. Dia akan mengampunkan hambaNya yang ikhlas memohon keampunanNya.



Janganlah sekali-kali kita berputus asa daripada pertolongan Dia Yang Maha Menolong ini.

"Ya Allah, rahmatilah kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Merahmati, dan jangalah Engkau menyiksa kami kerana sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas kami"
Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...