WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Friday, February 24, 2012

KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI APABILA DIA BUKAN JODOH KITA

Assalamualaikum semua..
.
.
.
Setiap orang mesti kehendakan kebahagian bukan??

Tapi sedarkah kita dari mana kebahagiaan itu datang?? 

Kebahagiaan kita ada bersama Tuhan kita ALLAH S.W.T. 

Tiada suatu entiti lain yang mampu berkuasa untuk memberi kita rasa bahagia atau menghalangnya daripada sampai kepada kita.

Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang ada kuasa itu. 

MEMBERI dan MENARIK bahagia daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Apabila kita hendak berasa bercinta dengan ALLAH S.W.T, kita akan mula berasa bersalah jika cuba memberikan perasaan itu kepada pihak yang lain.

Rasa cinta kita kepada ALLAH S.W.T akan membuatkan hati kita sentiasa kuat kerana hati kita mencintai Yang Maha Kuat. 

Rasa cinta kita kepada ALLAH S.W.T akan membuatkan jiwa kita sentiasa cukup kerana kita mencintai Yang Maha Kaya.

Maka apabila dia bukan jodoh kita apakah yang perlu dibimbangkan??

Apakah yang perlu dirunsingkan?? betul tak??

Pastilah yang perlu dirungsingkan adalah mengapa kita perlu berasa bimbang apabila dia bukan jodoh kita...

Ya, mengapa kita perlu bimbang kepada sesuatu yang tidak sepatutnya?

Sedangkan yang memegang bahagia adalah Allah.


Sesungguhnya perasaan adalah makhluk. Tuhan kita adalah ALLAH S.W.T..

Semakin diri kita dekat dengan ALLAH S.W.T...
Semakin dekatlah ALLAH S.W.T dengan diri kita...


Wasalam..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...