WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Thursday, March 22, 2012

JAGA MULUT


 

✿ Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH S.W.T

✿ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba ALLAH S.W.T, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak pekla bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH S.W.T

✿ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa...tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH S.W.T

p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI_HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN KITA..

Wednesday, March 21, 2012

Perpisahan Itu Satu Kepastian

Alhamdulilah...

Selamat sudah kamik dan kawan2 menduduki 
FINAL EXAM di FINAL SEM 6 
sbgai student Diploma Perhutanan di 
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak sitok....

Detik perpisahan kian terasa...
hari ini SAHABAT kamik Nur Faeezaishah menjadi mukadimah utk pulang drpd 'couse' kamik org utk pulang ke Semenanjung Malaysia...

kamik org berkumpul di hadapan klinik untuk bersama2 mengiringi kepulangan SAHABAT sepejuangan selama 3 tahun di sitok..

di sitok juak..
kamik org sama2 lihat..
betapa sedihh...
sebakk..
sayuu...
utk menghantar pergi seorang dr SAHABAT kamik ke Semenanjung sinun..

penerbangan beliau pada jam 4 petang ini...

SELAMAT BERANGKAT PULANG KE SEMENANJUNG WAHAI SAHABATKU

SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DI LAIN HARI DAN WAKTU  

INSYALLAH
Di keheningan pagi yang dingin ini...
Sayup2 kedengaran LAUNGAN AZAN dari Pusat ISLAM UPMKB...
Menandakan masuknya wktu Subuh...
Bilal melaungkan seruan azan bagi membangkitkan muslimin dan muslimat di UPMKB ini untuk menunaikan Fardhu Subu...h...

Dihari exam terakhir..
ak menduduki kertas terakhir..
di dalam semester terakhir..
di kala petemuan brsama rakan2 sepejuangan buat kali terakhir...

aku disini menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf..
jika ada silap dan salah dalam perlakuan diri ini..
ketelanjuran dalam berbicara dari mulut ini..
mohon dimaafkan andai ini yang terakhir kali...

semoga pertemuan yang sesingkat ini...
memberi 1001 kenangan buat kamu..
andai jodoh pertemuan masih diberi..
semoga dipertemukan di suatu masa lagi...

INSYALLAH...

ikhlas dr sy Nabihah Ramly @ Bihah Neb
buat semua yang mengenali hamba ALLAH yang kerdil ini
Pelajar Diploma Perhutanan dari UPMKB
 
 

Monday, March 19, 2012

Kos bertunang: Inikah makna wasatiyyah Najib?

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) amat terkejut dengan pendedahan isu PM , Datuk Seri Najib Berbelanja Mewah Untuk Majlis Pertunangan Anaknya???

Kini terdapat 2 PERSOALAN dalam isu pembiayaan majlis pertunangan anak PM baru-baru ini.

1)                Adakah benar PM telah mengguna wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Pihak Hotel mengatakan bil bernilai RM409,767 itu memang dicatat atas nama PMO  (Prime Ministers Office).

Walaupun telah dijelaskan bahawa keluarga PM yang membayar bil itu, pertanyaannya kenapa pula bil itu tidak ditulis atas nama peribadi beliau atau keluarga beliau dan dihantar kepada rumah rasmi PM, jika ini urusan peribadi?

2)              Iinikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mengujudkan sebuah institusi bernama institut wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan, tetapi berbelanja super mewah  mencecah RM409,767 hanya bagi sebuah majlis pertunangan seorang anaknya.???

TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan yang begitu tinggi dikeluarkan oleh PM untuk majlis tersebut.

a)                Apakah mesej yang dapat dibaca oleh rakyat yang umumnya maseh bergelut mencari wang untuk menyekolahkan anak,??
b)               membanting tulang menampung kos hidup yang semakin meningkat??
c)                nelayan yang menyabung nyawa mencari rezeki di tengah laut??
d)               pemandu teksi yang mengagah diri mengekang mata untuk mencari pendapatan sehingga lewat malam??

Apa erti semuanya ini kepada rakyat??
Bagi PM yang dengan begitu mudah sanggup berbelanja dan mampu berbelanja sedemikian mewah??

Inikah yang PM mahu tunjuk kepada rakyat maksud beliau dengan retorik  bahwa “rakyat diutamakan”??

Cukupkah dengan MEMANCING RAKYAT dengan BR1M berjumlah RM500???
&
RAKYAT TIDAK BOLEH MEMPERSOALKAN bagaimana PM boleh berbelanja mewah untuk majlis pertunangan anaknya???

Sebagai pemimpin yang tahu benar keadaan kehidupan rakyat  kini bukan dalam keadaan yang selesa, kenapa pula PM sanggup menunjukkan kemewahan dalam majlis sebegini, sungguhpun majlis itu dikatakan dibiayai secara peribadi oleh wang keluarganya?

Soalnya :   
Inikah contoh pemimpin Islam yang hendak ditunjukkan kepada rakyat??

TERAS sema sekali tidak boleh menerima malah membantah pemimpin-pemimpin yang ghairah berbelanja mewah dalam kehidupan peribadi mereka. Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan dikalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis-majlis peribadi mereka.

Isunya bukan soal melibatkan wang peribadi semata-mata. Malah isu lebih besar kenapakah PM boleh berbelanja besar dari wang yang mahu tidak mahu akhirnya berpunca dari wang rakyat juga, yang membayar upah kepada beliau kerana bekerja sebagai PM !!!!

Di tingkat jawatan nombor 1 dalam negara, sudah pasti seorang PM tidak boleh hanya beralasan bahawa ini wang peribadinya, dan oleh itu beliau boleh hidup mewah dan menonjol-nonjolkan kemewahan keluarganya.

TERAS ingin mengingatkan,..
inilah antara punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah, sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.

Tidakkah Terlintas Dibenak PM Dan Konco-Konco Beliau Yang Mempertahankan Hak Beliau Untuk  Mengeluarkan Wang Peribadinya  Berbelanja Sedemikian Mewah Walhal Rakyat Akan Memendam Rasa Yang Sedikit Demi Sedikit Akan Akhirnya Bakal  Meledak Kerana Ini Jelas Suatu Kepincangan Hidup Antara Pemimpin Dan Rakyat???

TERAS juga menarik perhatian bahawa, ketika mana PM berbelanja sakan hanya buat sebuah majlis pertunangan, jurang antara kelompok kaya miskin di negara ini direkodkan dengan gini indeks yang tinggi iaitu 0.4-0.5. 

Bermakna PM berbelanja mewah di tengah-tengah rakyat jelata berpendapat sederhana dan rendah berjuang untuk hidup sekedar memenuhi keperluan yang minima untuk hidup.

Berbelanja mewah oleh PM itu tidak akan diterima sama sekali sebagai suatu kebanggan rakyat. Malah ia amat melukakan hati rakyat.

Di tengah-tengah gejolak isu kepincangan projek penuh persoalan seperti isu NFC bernilai RM250 juta, isu penyenaraian aset Felda dalam pasaran saham yang penuh ketidaktentuan, isu kepincangan PKFZ yang melibatkan lebih RM4 bilion, tiba-tiba rakyat berputih mata menyaksikan PM bermewah-mewahan dalam majlis pertunangan anaknya???

Bukankah ini suatu yang janggal dan memedihkan hati rakyat?

Kemarahan rakyat Asia Barat telah menyaksikan satu demi satu kemewahan hidup ahli-ahli keluarga  pemimpin didedahkan. Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, akan tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai kemuncaknya, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin tumbang.

TERAS mengingatkan supaya pemimpin negara jangan terperangkap dengan keghairahan berbelanja mewah kerana tanda-tanda rakyat resah dan semakin marah sudahpun jelas.

Rakyat faham betul kepincangan yang berlaku adalah gara-gara pemimpin-pemimpin yang tidak menghiraukan perasan rakyat yang cuba diperbodohkan dengan berita-berita serba muluk, padahal sakit dan tertekannya rakyat akan akhirnya dilampiaskan dalam bentuk kemarahan yang akan diterjemah persis gelombang kebangkitan yang tidak boleh dikekang lagi.

BIHA SENDIRI SEBAGAI RAKYAT sngt kecewa dan kesal dengan kemewahan hidup p'mimpin negara nie yang seolah-olah tak sensitif dengan perasaan rakyat.. :(

Semoga mreka2 yg masih x sedauuuuu diri lagi tuuu dibuka kan pintu hati oleh ALLAH S.W.T utk tidak terus buat onarr dlm negara bawoh pmerintahan dia sendiri..dan disamping akn menyebabkan MALAYSIA sebgai NEGARA ISLAM tidak dicemar MARUAHnya d'sbbkn oleh org2 sprti dia tuu..AMINN

WA'SALAM..

Sunday, March 18, 2012

Seminar Keusahawanan


Alhamdulilah...
Hari ini hari ahad bersamaan 18/3/2012...
dimana 1 hari penuh sy menghadiri satu seminar yang telah dianjurkan oleh
S.E.D.C di Parkcity Everly Hotel
Bintulu, Sarawak...


Seminar ini bertajuk :
Seminar Keusahawanan : Strategi Pemasaran, Pembungkusan dan Pelabelan
bersama
 Datuk Dr. Maznah Hamid
(Iron Lady Malaysia)
beliau adalah EXECUTIVE CHAIRMAN dlm SECURIFORCE Group of Companies di Malaysia..

malah beliau juga adalah seorang ibu kepada 5 orang anak dan mempunyai seorang suami yang sangat memahami...hehehe...

dan yang paling best beliau seorang yang sangat2 sporting dan lantang bersuara dalam memperjuangkan usaha ke arah keusahawanan...

orang kate peluang nak berjumper datang sekali jek kan...
di akhir seminar, pada sebelah petang sy dan kawan2 yang lain berpeluang untuk mengadakan sesi begambar bersama beliau...
ok la dpt amik gambau n dpt SIGN dr beliau...huhuhuh

 




Pengalaman sepanjang seminar ini memberi 1001 makna dan semangat pada sy untuk terus merialisasikan niat dan impian sy utk menjadi seorang Usahawan yang berjaya...

INSYALLAH..

Selepas tamat Diploma yang tinggal baper hari lag jekk nie,,,sy akan cuba sedaya upaya sy utk meneruskan perniagaan
BAKERY HOME MADE my MAK  
&
PENTERNAKAN RUSA my ABAH
kita manusia hanya merancang tapi hanya ALLAH S.W.T saja yang  menentukan..
Doakan sy yea kawan2
INGAT DAKU DALAM DOA MU :)
WA’SALAM




Keajaiban Dunia Yang Terunggul Sepanjang Zaman : KA'ABAH

Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat sangat2 m’agung2kan hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia. 

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China,,Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq,, Piramid Giza di Mesir,, Taj Mahal di India,, Candi Borobodur di Pulau Jawa, ,Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai Tujuh Benda Ajaib Di Dunia...??


Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah ALLAH S.W.T iaitu Ka’abah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Ka’abah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam A.S.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Ka’abah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith As, Nabi Ibrahim As, Kaum Amaliqah, Kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah S.A.W, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Ka’abah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Nabi Muhammad SAW( Al-Amin) yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah ALLAH S.W.T ini juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.


Menurut reka bentuk Ka’abah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah ALLAH S.W.T ini berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNYA setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Antara keajaiban Ka’abah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

 
 Hajar Al-Aswad

Selain itu, Ka’abah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah ALLAH S.W.T, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Ka’abah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari ALLAH S.W.T sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu ALLAH S.W.T di rumahNYA memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari ALLAH S.W.T untuk menjadi tetamuNYA sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya.

Wallahua’lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...