WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Monday, March 11, 2013

CHARCOAL MASK

ASSALAMUALAIKUM to all my readers...

lamer betul kite x bersua kann...n lame juge ler sy x meng'update' entri...
bzy sangat2..nak2 dah masukk alam DEGREE nie...aduhh...sakit2...tp USAHA TANGGA KEJAYAAN kan org kater..ngehh~~ dan2 jerk kann..

kat c nie sy nak promote 1 produk yang sy guna n berkesan ke ats kulit sy (yang bleh dikatakan jenis sensetiff jugakk lerr)..

CHARCOAL MASK??
tp bukan arang yang bakar ikan tu taww...heheh
TADAAA~~~COMEY KANN

bile dah pkai sekalii tuu aduhh..rasanyerrr...masyukkk gilerrr...

SOOO~~~

sy nie suker lerr nak berkongsii kann...al maklum lerr dahh cuberr..tryy..testt...kann..heheh :)

firstly..nk kenalkan ape bender nie kann...

Ape tu CHARCOAL MASK?? 
1.       1 formula dri bahan smulajdi drpd POKOK OAK
2.     Tok buang WHITEHEAD n BLACKHEAD kat muker korangg. 
3.     Dpt m’gurangkn minyak & kotoran pada liang pori2. 
4.    Dapat buang sel2 kulit mati kat muker.

CARA NAK GUNA ‘MASK’ YANG SEBETUL2NYA

1)  Cuci muka korang dulu ..
2) Sebaik2nya sebelum penggunaan mask nie, korang gunakan tuala yang telah distem @ direndam air suam dan tekap di muka, nie adalah untuk buka pori2 muka korang..
3) Sapukan mask dimuka kecuali dibahagian mata & mulut, dalm 20 minit mask ini akan mula mengering..
4) Apabila korang rasa muka korang seperti tegang, tarik mask yang kering tadi bermula dari bawah tau !! INGAT !!
5) Untuk kesan terbaik, selepas menggunakan mask nie, pakai toner dan di ikuti pelembap TETAPI bagi yang muka berjerawat.. tak payah guna pelembap.. sbb ia akn membuatkan muka korang lagi berjerawat...
6)  Penggunaan : MAX = 2 kali smingu



HARGA??
# Satu RM 13/ unit..
# POSTSAGE :
S/MSIA = RM6
SBAH / SRAWAK = RM9

ANDA BERMINAT NAK ORDER??? TP TAK TAU MACAM MANE?? SENANG JERKK..

1) SMS/WHATSAP SAYA NAK ORDER CHARCOAL MASK = BERAPA UNIT” ke
CALL / SMS : 013-6459958
WHATSAP : 0111-8822840

2) LIKE / PM PAGES FB KAMI :
https://www.facebook.com/Bihah-Neb-Collection-637449076272280/messages/

3)     BESERTA :
                                i.            NAMA
                              ii.            ALAMAT ANDA
                            iii.            NO.TEL
                           iv.            EMAIL

4)     PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SELEPAS ORDER ANDA MENDAPAT MAKLUM BALAS  DARI SAYA

5)     PEMBAYARAN BOLEH SECARA TERUS @ MELALUI PERBANKAN :
          a)     CIMBCLIKS
          b)     MAYBANK

Saturday, April 14, 2012

BEWARE!!!! HARI IBU ADALAH "HARAM"


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. 
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.
Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.
Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

YA ALLAH.. 
ANA BARU TAHU..  
SEMOGA KITA DAN KELUARGA DILINDUNGI DARI SEGALA BISIKAN SYAITAN & SEANGKATAN DENGANNYA

Friday, April 13, 2012

SAYA SAYANG IBU

Budak nie sebak kerana kehilangan Ibunya.
Ibunya cuba meleraikan air mata anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Peringatan untuk semua :
Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, janganla anda cuba menderhaka kepdanya.

Orang kata aku lahir dari perut IBU..
Bila dahaga , yang susukan aku IBU..
Bila lapar , yang suapkan aku IBU..
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku IBU..
Kata ibu , perkataan pertama yang aku sebut BU!!
Bila bangun tidur , aku cari IBU..
Bila nangis , orang pertama yang datang IBU..
Bila nk bermanja.. aku dekati IBU..
Bila nak bergesel.. aku dok sebelah IBU..
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya IBU..
Bila nakal , yang memarahi aku IBU..
Bila merajuk... yang memujukku Cuma IBU..
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah IBU..
Bila takut... yang tenangkan aku IBU..
Bila nak peluk... yang aku suka peluk IBU..

Aku selalu ingatkan IBU..
Bila sedih , aku mesti telipon IBU..
Bila seronok.. orang pertama aku nak bagitau IBU..
Bila bengang.. aku suka luah pada IBU..
Bila takut , aku selalu panggil.. “IBUUUUU”..
Bila sakit , orng yang paling risau adalah IBU..
Bila nak exam , orang yang sibuk juga IBU..
Bila buat hal , yang marah aku dulu IBU..
Bila ada masalah , yang paling risau IBU..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini IBU..
Yang selalu masak makanan kegemaran aku IBU...
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku IBU..
Yang selalu beleter kat aku IBU..
Yang selalu puji aku IBU..
Yang selalu nasihat aku IBU..
Bila nak kawin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk IBU..

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok.. aku cari pasanganku
Bila sedih.. aku cari IBU..
Bila Berjaya.. aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal.. aku ceritakan pada IBU..
Bila bahagia.. aku peluk erat pasanganku
Bila berduka.. aku peluk erat IBU..
Bila nak bercuti.. aku bawa pasanganku
Bila sibuk.. aku hantar anak ke rumah IBU..
Bila sambut ulang tahun.. aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari IBU.. aku Cuma say Hepy Mother’s Day..
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. IBU ingat kat aku..
Bila.. bila.. aku akn tipon pasanganku
Entah bila.. aku nak tipon IBU..
Selalu.. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk IBU..

RENUNGKAN :

Dulu IBU kata :
“ Kalau kamu dah hbis belajar..dah kejer.. bolehkah kamu kirim wang untuk IBU??
IBU bukan nak bnyak.. 50 ringgit sebulan pun cukuplah..”

Berderai air mata..
Hari ini kalu IBU mahu 500 sebulan pun aku mampu..
Aku buleh kirim
TAPI kini IBU sudah tiada..

INGATLAH PENGORBANAN IBUUUUU ANDA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...