WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Sunday, April 8, 2012

BAGAIMANA MENJADI MUSLIM BERTAQWA


Pengertian Taqwa
Secara umum, taqwa dapat diertikan sebagai patuh kepada segala perintah ALLAH S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya. Menurut syarak, taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka ALLAH S.W.T dengan jalan melaksanakan perintah-Nya, taat kepada-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta menjauhi perbuatan maksiat.

a)  Taqwa bermakna takut kepada ALLAH S.W.T

“ Dan janganlah kamu jual ayat-ayatku dengan wang yang sedikit dan takutlah kepada-Ku”
(Al-Baqarah : 41)

“Mereka itu takut kepada Tuhan atas mereka dan mereka perbuat apa-apa yang disuruh”
(An-Nabl : 50)

b) Taqwa bermakna ketaatan dan ibadah

“Hai orang-orang yang beriman, takutlah kamu kepada ALLAH S.W.T dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati melainkan kamu orang Muslim”
(Ali Imran : 102)

“Dan kudatangkan kepadamu keterangan dari Tuhanmu, maka takutlah kamu kepada ALLAH S.W.T dan ikutlah aku”
(Ali Imran : 50)

“Dirikanlah sembahyang dan takutlah kepada-Nya dan kamu akan dihimpunkan kepada-Nya”
(Al-An’am : 72)

c)  Taqwa bermakna bersih hati dari dosa

“Barangsiapa mengikuti ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya dan takut kepada ALLAH S.W.T serta bertaqwa, mereka itulah orang yang menang”
(An-Nur : 52)

“Takutlah kepada ALLAH S.W.T dan ket ahuilah bahawa ALLAH S.W.T Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”
(Al-aqarah : 233)

“Takutlah kepada ALLAH dan ALLAH mengajarkan kepadamu dan ALLAH Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu”
(Al-Baqarah : 282)

“Hai orang-orang beriman, takutlah kepada ALLAH dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Qiamat) dan takutlah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Al-Hasyr : 18)

Para ahli tasawuf mengertikan taqwa ialah membentangi diri dari segala sesuatu yang melibatkan diri kepada dosa.
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa taqwa berasal dari kata wiqayah yang bererti pelindung atau pemelihara, iaitu terpelihara dari kejahatan kerana adanya keinginan yang kuat untuk meninggalkan kejahatan itu.
Para ulama salaf ada mengertikan taqwa dengan berbagai-bagai pendapat, diantaranya :
Abdullah Ibnu Abbas r.a menerangkan bahawa taqwa ialah :
a.   Orang yang berhati-hati dalam ucapan dan perbuatannya agar tidak mendapat murka dan siksaan ALLAH,
serta meninggalkan dorongan hawa nafsu.
b.   Orang yang mengharapkan rahmat-Nya dengan yakin dan melaksanakan ajaran yang diturunkannya.
Abu Darda menerangkan bahawa taqwa ialah seseorang telah menjaga diri dari perbuatan dosa walaupon seberat biji sawi, bahan meninggalkan yang syubhat.
Thalq bin Hubaib menyatakan bahawa taqwa bererti beramal kerana taat kepada ALLAh, patuh kepada pimpinan dan bimbingan-Nya, mengharapkan redha dari ALLAH dan meninggalkan perbuatan derhaka kepada-Nya.
Musa bin A’yun menyatakan bahawa taqwa ialah seseorang yang membersihkan diri dari bermacam-macam syubhat kerana takut jatuh kepada yang haram.



Dari beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan bahawa cirri-ciri orang yang bertaqwa ialah :
a.   Meninggalkan segala sesuatu kecuali tuntunan ALLAH.
b.   Menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH.
c.    Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
d.   Memelihara dan melaksanakan tatacaea kehidupan mengikut syariat Islam.
e.   Mengikuti tuntunan Rasulullah s.a.w. dalam ucapan dan perbuatannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...