WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Friday, April 6, 2012

Kem Perhutanan 2012

Alhamdulilah...

Berakhir sudah tugas yang digalas untuk tempoh 2 minggu di Kem Perhutanan 2012..


tugas sebagai fasilitator ynag digalas amat memberi banyak makna pada diriku...
ini bukan kerana aku berbangga akan jawatan ahlinya...
tetapi akan tugas + usaha + mendidik generasi baru akan selok-belok alam perhutanan sebagai penuntut di dalam jurusan Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak ini..

Dalam tempoh selama 2 minggu ini, sebenarnya sangat2 tidak mencukupi untuk merungkai rahsia isi alam ini.. 
akan tetapi, kita perlu melaluinya secara sedikit demi sedikit bagi, dapat merasai ketenangan + kedamaian + keharmonian yang ada pada rahsia isi alam hutan..

kepada kelahiran baru RIMBAWAN 27.. ak selaku mewakili bgi urussetia dan fasilitator menyusun 20 jari ampun dan maaf andai terkasar bahasa tersinggung hati kamu semua...
itu semua hanya sebagai media utk mendidik...
kerana, ada masa..keadaan di dlm suatu situasi persekitaraan yang menyebabkan cara penyampaian memerlukan ketegasan didalamnya..agar, dengan harapan ianya akan kamu semua ingat sampai bila2...

Ingatlah pesan kami dan para pensyarah semua...

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH


Bangunlah
Bukalah matamu wahai adik2 ku..
Perjalananmu masih jauh di depan sana...
Pelbagai onak dan cabaran yang perlu kau lalui dan rasai..
Pengalaman sepanjang 2 minggu ini sememngnya tidak mencukupi untuk meneroka alam hutan ini...
Masa kamu semua masih panjang untuk menerokainya...
Bukan seperti kami..
Yang hanya tinggal sisa di hujung lidi...

Dengan harapan setinggi gunung...
Kami berharap dengan pengalaman dan cabaran yang dilalui sepanjng tempoh 2 minggu itu...
Memberi 1001 kelebihan dan kekuatan pada kamu semua untuk terus bersaing di luar sana..

Ingatlah ..
Pesan2 mereka yang telah mereka perkatakan..
Pengajaran yang telah disampaikan..
Ungkapan kata2 semangat yang telah diluahkan...
Segala perit jerih yang telah dikerahkan..
Itu semua dilakukan dengan segunung harapan dihati 
Agar kamu semua menjadi RIMBAWAN SEJATI..
Suatu hari nanti...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...