WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone

Monday, March 19, 2012

Kos bertunang: Inikah makna wasatiyyah Najib?

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) amat terkejut dengan pendedahan isu PM , Datuk Seri Najib Berbelanja Mewah Untuk Majlis Pertunangan Anaknya???

Kini terdapat 2 PERSOALAN dalam isu pembiayaan majlis pertunangan anak PM baru-baru ini.

1)                Adakah benar PM telah mengguna wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Pihak Hotel mengatakan bil bernilai RM409,767 itu memang dicatat atas nama PMO  (Prime Ministers Office).

Walaupun telah dijelaskan bahawa keluarga PM yang membayar bil itu, pertanyaannya kenapa pula bil itu tidak ditulis atas nama peribadi beliau atau keluarga beliau dan dihantar kepada rumah rasmi PM, jika ini urusan peribadi?

2)              Iinikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mengujudkan sebuah institusi bernama institut wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan, tetapi berbelanja super mewah  mencecah RM409,767 hanya bagi sebuah majlis pertunangan seorang anaknya.???

TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan yang begitu tinggi dikeluarkan oleh PM untuk majlis tersebut.

a)                Apakah mesej yang dapat dibaca oleh rakyat yang umumnya maseh bergelut mencari wang untuk menyekolahkan anak,??
b)               membanting tulang menampung kos hidup yang semakin meningkat??
c)                nelayan yang menyabung nyawa mencari rezeki di tengah laut??
d)               pemandu teksi yang mengagah diri mengekang mata untuk mencari pendapatan sehingga lewat malam??

Apa erti semuanya ini kepada rakyat??
Bagi PM yang dengan begitu mudah sanggup berbelanja dan mampu berbelanja sedemikian mewah??

Inikah yang PM mahu tunjuk kepada rakyat maksud beliau dengan retorik  bahwa “rakyat diutamakan”??

Cukupkah dengan MEMANCING RAKYAT dengan BR1M berjumlah RM500???
&
RAKYAT TIDAK BOLEH MEMPERSOALKAN bagaimana PM boleh berbelanja mewah untuk majlis pertunangan anaknya???

Sebagai pemimpin yang tahu benar keadaan kehidupan rakyat  kini bukan dalam keadaan yang selesa, kenapa pula PM sanggup menunjukkan kemewahan dalam majlis sebegini, sungguhpun majlis itu dikatakan dibiayai secara peribadi oleh wang keluarganya?

Soalnya :   
Inikah contoh pemimpin Islam yang hendak ditunjukkan kepada rakyat??

TERAS sema sekali tidak boleh menerima malah membantah pemimpin-pemimpin yang ghairah berbelanja mewah dalam kehidupan peribadi mereka. Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan dikalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis-majlis peribadi mereka.

Isunya bukan soal melibatkan wang peribadi semata-mata. Malah isu lebih besar kenapakah PM boleh berbelanja besar dari wang yang mahu tidak mahu akhirnya berpunca dari wang rakyat juga, yang membayar upah kepada beliau kerana bekerja sebagai PM !!!!

Di tingkat jawatan nombor 1 dalam negara, sudah pasti seorang PM tidak boleh hanya beralasan bahawa ini wang peribadinya, dan oleh itu beliau boleh hidup mewah dan menonjol-nonjolkan kemewahan keluarganya.

TERAS ingin mengingatkan,..
inilah antara punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah, sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.

Tidakkah Terlintas Dibenak PM Dan Konco-Konco Beliau Yang Mempertahankan Hak Beliau Untuk  Mengeluarkan Wang Peribadinya  Berbelanja Sedemikian Mewah Walhal Rakyat Akan Memendam Rasa Yang Sedikit Demi Sedikit Akan Akhirnya Bakal  Meledak Kerana Ini Jelas Suatu Kepincangan Hidup Antara Pemimpin Dan Rakyat???

TERAS juga menarik perhatian bahawa, ketika mana PM berbelanja sakan hanya buat sebuah majlis pertunangan, jurang antara kelompok kaya miskin di negara ini direkodkan dengan gini indeks yang tinggi iaitu 0.4-0.5. 

Bermakna PM berbelanja mewah di tengah-tengah rakyat jelata berpendapat sederhana dan rendah berjuang untuk hidup sekedar memenuhi keperluan yang minima untuk hidup.

Berbelanja mewah oleh PM itu tidak akan diterima sama sekali sebagai suatu kebanggan rakyat. Malah ia amat melukakan hati rakyat.

Di tengah-tengah gejolak isu kepincangan projek penuh persoalan seperti isu NFC bernilai RM250 juta, isu penyenaraian aset Felda dalam pasaran saham yang penuh ketidaktentuan, isu kepincangan PKFZ yang melibatkan lebih RM4 bilion, tiba-tiba rakyat berputih mata menyaksikan PM bermewah-mewahan dalam majlis pertunangan anaknya???

Bukankah ini suatu yang janggal dan memedihkan hati rakyat?

Kemarahan rakyat Asia Barat telah menyaksikan satu demi satu kemewahan hidup ahli-ahli keluarga  pemimpin didedahkan. Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, akan tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai kemuncaknya, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin tumbang.

TERAS mengingatkan supaya pemimpin negara jangan terperangkap dengan keghairahan berbelanja mewah kerana tanda-tanda rakyat resah dan semakin marah sudahpun jelas.

Rakyat faham betul kepincangan yang berlaku adalah gara-gara pemimpin-pemimpin yang tidak menghiraukan perasan rakyat yang cuba diperbodohkan dengan berita-berita serba muluk, padahal sakit dan tertekannya rakyat akan akhirnya dilampiaskan dalam bentuk kemarahan yang akan diterjemah persis gelombang kebangkitan yang tidak boleh dikekang lagi.

BIHA SENDIRI SEBAGAI RAKYAT sngt kecewa dan kesal dengan kemewahan hidup p'mimpin negara nie yang seolah-olah tak sensitif dengan perasaan rakyat.. :(

Semoga mreka2 yg masih x sedauuuuu diri lagi tuuu dibuka kan pintu hati oleh ALLAH S.W.T utk tidak terus buat onarr dlm negara bawoh pmerintahan dia sendiri..dan disamping akn menyebabkan MALAYSIA sebgai NEGARA ISLAM tidak dicemar MARUAHnya d'sbbkn oleh org2 sprti dia tuu..AMINN

WA'SALAM..

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...