WELCOMING


counter

Tone Excel the best

Passive Income from My handfone


Saturday, January 21, 2012

Pesanan Terakhir Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa

 Allahyarham Khairil Izwan Pilus bergambar bersama adiknya Khairil Azam Pilus

PETALING JAYA: Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.
Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.

"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.

"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘Kau ni bila nak pandai lipat baju’?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.

Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Izwan Pilus.
 
Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7), penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.

Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.

"Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada," ujarnya ringkas.


Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album “Erti Kasih” yang memuatkan lagu “Kembali Senyum”, sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama “Full House” dari Korea Selatan. Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.

Jenazah Allahyarham di bawa pulang ke kampungnya pada hari (semalam) Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi td (Sabtu), di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka.

Al-Fatihah..
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...